Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan untuk menulis walaupun pelbagai kerja yang perlu disiapkan. Hari ini di sekolah sibuk dengan sambutan hari kanak-kanak. Hari sebelumnya sibuk dengan sukaneka sekolah. Ya Allah penat sangat rasanya badan ini. Demi anak muridku, saya kuatkan juga semangat. Baiklah, esok cuti hari minggu maka bolehlah saya merehatkan diri. Kepada pembaca blog hari ini saya ingin berkongsi tutorial resepi cream puff.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Tahrunnisah Jali yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk berkongsi resepi beliau dan tutorial yang beliau telah lakukan. Saya sangat selesa dengan resepi yang beliau kongsikan kerana setiap kali percubaan menyediakan hidangan tidak menghampakan. Berikut adalah teknik yang betul bagaimana menyediakan cream puff naik gebu. Resepi asal oleh Zaliana (puff) dan Yani untuk intinya.
Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz A 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)
Cara-cara untuk puff:
1. Panaskan air, gula dan mentega dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,
kacau dengan cepat hingga adunan tak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api
sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Sejukkan.
2. Pukul semua telur dalam bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan.
Adunan tepung tadi pula letak dalam bekas lain (lihat gambar) kemudian masukkan
sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung dan pukul adunan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kekuningan, lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan
dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. Kedudukan dulang
hendaklah di tengah-tengah oven supaya permukaan dan bawah cream puff masak
sekata dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan
ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning
kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak
berongga di dalamnya. Jangan buka oven sebelum tamat tempoh ye, nanti puff akan
turun melepek.
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan paipkan inti kastad yang telah disejukkan.
Bahan-bahan untuk inti: (dibuat terlebih dahulu sblm membuat puff)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cawan susu segar
2 biji telur (saiz A)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara untuk membuat intinya:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau
jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya, kacau dan
tapis.
3. Masukkan semua bahan (ditapis) tadi ke dalam periuk. Masak menggunakan api
sederhana dan,kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus. Masak sehingga ia pekat
dan berkilat. Kemudian padam api, masukkan mentega dan kacau adunan sehingga
sebati.
4. Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
SELAMAT MENCUBA
MASAK DARI HATI MASAK DENGAN IMAN
Sumber: Facebook Tahrunnisah Jali