Ini bukan air selasih atau air telur katak tapi air biji chia 'Chia Seeds'. Sesiapa nak kurus boleh minum atau makan chia seeds...!!!Hahahaha. Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu 'Chia Seeds' jom baca coretan di bawah
CHIA SEEDS / BIJI CHIA
Sewaktu saya bertugas menjadi pengawas UPSR di SJKT Dengkil bersama dengan rakan yang lain seperti Cikgu Anuratha, Cikgu Ong Chin Nee dan Cikgu Khairun Nisa. Kami saling bertukar-tukar fikiran mengenai cara menjaga kesihatan dari segi pemakanan. Cikgu mengenalkan saya 'Chia Seeds' dan cuba meyakinkan saya bahawa 'Chia Seeds' dan' biji selasih' adalah dua benda yang berbeza. Saya agak teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Maka saya pun membuat rujukan dengan 'Encik Google'. Beberapa hari selepas itu, saya pergi ke Giant Nilai (cosway) untuk membeli 'Chia Seeds'. Selepas itu pergi ke kedai runcit Pakeh untuk membeli biji selasih.Ha..ni pun gambarnya..harap pembaca blog nampak bezanya. Pertama dari segi warna, 'Chia Seeds' merupakan gabungan kelabu hitam putih, manakala biji selasih warna hitam. Bentuk mereka apabila kembang juga ketara berbeza.
|
Chia Seeds (Biji Chia) |
|
Chia Seeds (Biji Chia) yang sudah kembang |
|
Basil Seeds (Biji Selasih)
|
|
Basil Seeds (Biji Selasih) yang sudah kembang |
KENAPA MESTI CUBA 'CHIA SEEDS'
'Chia seeds' ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 di samping segala macam vitamin, nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah anti oksidan. Hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti 'biji selasih' .
APA KESANNYA TERHADAP KITA?
Ini testimoni daripada saya dan kawan-kawan yang dah mencuba:-
1. Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan
vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat
antioksida, dapat membuang toksin daripada badan.
2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa
makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without
Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'Chia Seeds' ni, ia kembang di dalam perut
menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang.
3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan.
4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang
kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan
lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda.
5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi.
6. Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis
Dalam erti kata sains 'Chia Seeds' ini boleh memperlahankan proses pertukaran
karbohidrat kepada gula di dalam badan.
7. Mengelakkan anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
8. Makan 2 sudu besar sehari bermakna anda dah berjaya menyediakan badan dengan
7g fiber, 4g protein, dan 5g omega-3 fatty acids.
9. Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak.
10.Pendek kata, macam-macam lagilah.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan kepada para pembaca blog saya ini.
Kalau tak tahu nak dapatkan di mana 'Chia Seeds', bolehlah hubungi saya untuk menempahnya drp saya di email pn.haidahamzah@gmail.com atau mesej/whatsapp saya di 0139665732 .
RASA 'Chia Seeds' ?
'Chia Seeds' ini tak ada rasa dan bau, jadi senanglah nak mencubanya. Boleh dimakan mentah atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis minuman dan makanan/masakan.
PERATURAN MAKAN
2 SUDU BESAR / sehari
RUPA ASAL 'CHIA SEEDS SEBELUM KEMBANG
Jika tidak suka makan bila kembang, makanlah terus tanpa masukkan ke dalam minuman, pilihlah apa saja cara nak makan, asalkan sehari dapat habiskan 2 sudu besar.
ASAL ? Brazil, Mexico dan Chicago.
NAMA SAINTIFIK ? Salvia hispanica
RUPA POKOK ?
LAMAN RUJUKAN YANG BERGUNA UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA ?
http://docsfitnesstips.blogspot.com/2012/02/chia.html
TESTIMONI yang terbaru daripada kawan-kawan:-
1. Suaminya dah turun 3 kg sejak amalkan 'Chia Seeds' selama 2 minggu.
2. Setelah mengamalkan 2 minggu dia mula berasa badannya bertambah sihat, 'ringan'
dan bertenaga.
3. Sehari makan, esoknya terus selesai masalah sembelit yang dihadapi sekian lama.
SELAMAT MENCUBA