Monday 29 September 2014

TART BUAH YANG CANTIK DAN SEDAP

Dari kulit tart kita boleh jadikan ia kuih tart yang pelbagai antaranya tart strawberi, tart blueberry, tart telur, tart kiwi, tart coklat dan tart buah.  Dari tidak minat mengetahui mengenai kuih tart sekarang saya sudah boleh menerima tempahan dari kawan-kawan.  Dari satu kebetulan ianya merupakan perancangan Allah S.W.T yang terbaik untuk saya.  Terima kasih kepada kakak iparku iaitu kak Nor Majahah yang membawaku ke Pandan Indah untuk belajar seni membuat tart ini.
 
Semangat dan sokongan dari keluarga dan keadaan kesihatan yang membolehkan saya menyiapkan tempahan dari kawan-kawan yang menempah kuih tart saya selama ini.  Syukur alhamdulillah ya Allah.  Semakin hari kemahiran saya membuat tart semakin baik.  Kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan pembaca blog mengenai tart buah-buahan yang saya buat.  Masih tiada lagi orang yang menempahnya.  Saya membuatnya adalah sebagai buah tangan untuk kawan suami yang telah pun mengadakan kenduri di rumahnya pada 30 Ogos 2014 yang lalu.  Semoga Kapten Haizul,kak Ani serta para tetamunya suka tart buah saya.  Tidak banyak gambar yang dirakam untuk kenangan bersama tart buah itu
 
Bahan yang diperlukan untuk membuat kuih tart buah ini adalah kulit tart, krim putar (Whipping Cream Non Diary), serbuk kastad segera, buah-buahan segar seperti strawberi, anggur hitam dan buah kiwi.  Apabila krim putar dipaipkan di atas kulit tart kemudian disusun buah-buahan di atasnya ia akan menampakkan betapa berseri dan cantiknya kuih tart buah itu sehingga setiap mata yang memandang pasti menyukainya dan terliur untuk memakannya.
 
Sebenarnya ini adalah percubaan pertama saya membuat tart buah.  Syukur ya Allah.  Kakak dan adik iparku serta birasku Ustaz Ridhuan amat menyukainya.  Kata-kata nakal dari mereka "Sedapnya, kak jual ke kuih ni? ".  Berbunga hati saya ketika itu dan tanamkan azam dan semangat untuk merealisasikan kata-kata itu.  Setiap kejayaan perlu diiringi dengan ketekunan  dan pengorbanan barulah ia manis untuk dikenang.  Sesiapa yang berminat nak menempah tart buah ini bolehlah menelefon saya di talian 019-2423872 atau 013-9665732.
 


 
 

CHIA SEEDS




Ini bukan air selasih atau air telur katak tapi air biji chia 'Chia Seeds'. Sesiapa nak kurus boleh minum atau makan chia seeds...!!!Hahahaha.  Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu 'Chia Seeds' jom baca coretan di bawah
CHIA SEEDS / BIJI CHIA

Sewaktu saya bertugas menjadi pengawas UPSR di SJKT Dengkil bersama dengan rakan yang lain seperti Cikgu Anuratha, Cikgu Ong Chin Nee dan Cikgu Khairun Nisa.  Kami saling bertukar-tukar fikiran mengenai cara menjaga kesihatan dari segi pemakanan.  Cikgu     mengenalkan saya 'Chia Seeds' dan cuba meyakinkan saya bahawa 'Chia Seeds' dan' biji selasih' adalah dua benda yang berbeza.  Saya agak teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.  Maka saya pun membuat rujukan dengan 'Encik Google'.  Beberapa hari selepas itu, saya pergi ke Giant Nilai (cosway) untuk membeli 'Chia Seeds'.  Selepas itu pergi ke kedai runcit Pakeh untuk membeli biji selasih.Ha..ni pun gambarnya..harap pembaca blog nampak bezanya. Pertama dari segi warna, 'Chia Seeds' merupakan gabungan kelabu hitam putih, manakala biji selasih warna hitam. Bentuk mereka apabila kembang juga ketara berbeza. 

Chia Seeds (Biji Chia)
Chia Seeds (Biji Chia) yang sudah kembang
  
Basil Seeds (Biji Selasih)
 
Basil Seeds (Biji Selasih) yang sudah kembang
                                       
KENAPA MESTI CUBA 'CHIA SEEDS'

'Chia seeds' ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 di samping segala macam vitamin, nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah anti oksidan.  Hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti 'biji selasih' .
APA KESANNYA TERHADAP KITA?
Ini testimoni daripada saya dan kawan-kawan yang dah mencuba:-
 
1.   Rasa jauh lebih bertenaga untuk menjalankan tugas-tugas kita seharian. Ini disebabkan
     vitamin dan nutrien mencukupi di dalam badan kita. Juga disebabkan ia bersifat
     antioksida, dapat membuang toksin daripada badan.
 2. Rasa kenyang sepanjang hari, jadi bolehlah kawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa
     makan tengahari dan malam. Sesuailah dengan kata-kata " Lose Weigth Without
     Starving ". Ini kerana apabila kita makan 'Chia Seeds' ni, ia kembang di dalam perut
     menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang.
 3. Boleh menyelesaikan masalah sembelit dengan sangat berkesan.
 4. Yang bestnya, pengambilannya membolehkan kita mengawal emosi dan mood kita yang
     kadang-kadang tidak stabil. Jadi kita boleh menghadapi kehidupan harian kita dengan
     lebih selesa dan ceria walaupun berdepan dengan macam-macam benda.
 5. Boleh membantu sesiapa yang ada sakit-sakit sendi.
 6.  Membantu mengawal paras gula, jadi sesuai sangat untuk pesakit kencing manis
      Dalam erti kata sains 'Chia Seeds' ini boleh memperlahankan proses pertukaran
      karbohidrat kepada gula di dalam badan.
 7.  Mengelakkan anda daripada dihidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
 8.  Makan 2 sudu besar sehari bermakna anda dah berjaya menyediakan badan  dengan
      7g  fiber, 4g protein, dan  5g  omega-3 fatty acids.
 9.  Memperolehi tidur yang sihat dan nyenyak.
 10.Pendek kata, macam-macam lagilah.
 

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan kepada para pembaca blog saya ini.
Kalau tak tahu nak dapatkan di mana 'Chia Seeds', bolehlah hubungi saya untuk menempahnya drp saya di email 
pn.haidahamzah@gmail.com atau mesej/whatsapp saya di  0139665732 .
 
RASA 'Chia Seeds' ?
 'Chia Seeds' ini tak ada rasa dan bau, jadi senanglah nak mencubanya. Boleh dimakan mentah atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis minuman dan makanan/masakan.

PERATURAN  MAKAN
2 SUDU BESAR / sehari

RUPA ASAL 'CHIA SEEDS SEBELUM KEMBANG


Jika tidak suka makan bila kembang, makanlah terus tanpa masukkan ke dalam minuman, pilihlah apa saja  cara nak makan, asalkan sehari dapat habiskan 2 sudu besar.

ASAL ?  Brazil, Mexico dan Chicago.

NAMA SAINTIFIK ?   Salvia hispanica

RUPA POKOK ?




LAMAN RUJUKAN YANG BERGUNA UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA ?

 http://docsfitnesstips.blogspot.com/2012/02/chia.html

TESTIMONI yang terbaru daripada kawan-kawan:-

1.  Suaminya dah turun 3 kg sejak amalkan 'Chia Seeds' selama 2 minggu.
2.  Setelah mengamalkan 2 minggu dia mula berasa badannya bertambah sihat, 'ringan'
     dan bertenaga.
3.  Sehari makan, esoknya terus selesai masalah sembelit yang dihadapi sekian lama.

SELAMAT MENCUBA



Saturday 27 September 2014

REZEKI DI MAJLIS ILMU

Assalamualaikum.
 
Seawal jam 5 pagi sudah bangun bersiap-siap untuk menghadiri Daurah Perdana Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2014 :-
  • Tarikh             :  27.09.2014 (sabtu)
  • Masa               :  8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Tempat            :  Dewan sekolah, SMK Seafield,
  •                            Jalan USJ 2/5,    47600 UEP Subang Jaya.
  • Penceramah     :  Habib Ali Zainal Abidin
  • Tajuk               :  Guru Mursyid
Pagi ini menjadi pemandu kereta untuk membawa rakan sekerja ke majlis ilmu di atas. Kami berenam menaiki kereta Toyota Avanza, pemilik kereta adalah Puan Nur Hamimi Bt. Huri.  Alhamdulillah, kami selamat sampai dengan bantuan 'Encik Waze'.  Huh! berpeluh cari parking.  Selalu lihat penceramah di kaca televisyen sahaja tapi hari ini,  Allah berikan kesempatan kepada saya dan kawan-kawan dapat melihat Habib Ali Zainal Abidin secara live.  Antara yang terkesan dihati saya adalah beliau memesan agar didiklah anak-anak mengikut zamannya, dahulukan lemah-lembut dalam mendidik & tegas itu perlu. Guru Mursyid ialah seorang guru yang memaksimumkan usahanya mengajar anak murid untuk mengenal kepada Allah dengan menggunakan kepelbagaian wasilah. 
 
Dah lama saya tidak membuah Kek Keju Leleh dan Blueberry Cheese Tart sebenarnya disebabkan kesibukan kerja dan urusan keluarga.  Alangkah gembiranya di hati, apabila kak Mahakiki memberitahu yang teringin sangat nak makan kek keju leleh yang saya buat.  Manakala kak Mimi hendak Cheese Tart.  Ya Allah, rezeki sedang menjemputku....syukur.  Saya sahut cabaran ini untuk menyiapkan tempahan mereka.  Syukur, lega dan gembira jika pelanggan suka dengan servis kita.  Ya Alah, berilah hambamu ini kesihatan dan kelapangan untuk menyiapkan segala tempahan dalam masa terdekat ini....Bagi pembaca blog yang ingin dan teringin untuk merasa Kek Keju Leleh dan Blueberry Cheese Tart air tangan saya boleh hubungi talian berkut: call/whatsap:  019-2423872/ 013-9665732 
 
KEK KEJU LELEH

PERISA PANDAN DAN STRAWBERRY

BLUEBERRY CHEESE TART

STARWBERRY FILLING

STRAWBWRRY CHEESE TART

Friday 26 September 2014

QASEH + WSR = AWESOME

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog mengenai suplement yang saya makan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan saya.  Sebenarnya kita perlu mengamalkan pengambilan suplement seawal usia 20 tahun.  Sebelum ini pelbagai makanan kesihatan yang pernah saya ambil kerana tertarik dengan iklan-iklan mereka terutamanya iklan di televisyen.  Kesungguhannya hanya setakat dua minggu sahaja selepas itu....bila ingat baru makan.   Sekarang saya berazam untuk beristiqomah mengamalkan produk makanan sunnah dan herba yang tiada bahan kimia.  Produk itu adalah Qaseh dan Women Secret Recepi (WSR).  Kita sering berkira untuk mengeluarkan wang untuk membeli produk kesihatan dan langsung tidak berkira walaupun membeli handbag yang ada kalanya hampir mencecah ribuan ringgit.  Fikirkanlah dan perubahan kita sekarang akan memberi kebahagiaan hari ini.
Saya mengamalkan produk pemakanan sunnah iaitu Produk Qaseh Gold .  Saya mengamalkan Qaseh Gold Adinda dan encik hubby mengamalkan Qaseh Gold Kekanda.  Saya dan encik hubby mengamalkannya sejak sebulan yang lalu dan dapat merasai perubahan yang ketara dalam diri terutamanya, saya akan membuang air besar pada setiap pagi dengan lancarnya.  Badan juga terasa ringan dan segar.  Yang paling penting saya mudah untuk bangun pagi.  Alhamdulillah.  Harapan yang paling tinggi moga dengan istiqomahnya saya, suami isteri mengamalkan produk Qaseh ini, moga Allah S.W.T akan menganugerahkan zuriat dambaan hati kami.  Marilah  sama-sama kita beralih untuk mengamalkan makanan sunnah.  Produk Qaseh mampu meningkatkan tahap kesihatan kita dan merealisasikan impian kita seiring dengan keizinan Yang Maha Esa. Insyaallah.  Jangan bandingkan nilai duit dengan kesihatan kita.  Sihat itu jihad.  Harga sebotol Qaseh Adinda dan Qaseh Kekanda ialah RM 71.90 (SM)


 WOMEN SECRET RECIPE (WSR)

Berikut maklumat ringkas Women Secret Recipe (WSR).  Rahsia alam yang unik dan khas untuk wanita......NATURAL, SPECIAL, EFFECTIVE.....Hargai diri, sayangi suami, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.... Jom kita berWSR.  Berminat ingin untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya: 019-2423872 (call), 013-9665732 (whatsap).

Website   :  www.kemutkemut.com.my

FB           :  Women Secret Recipe











Thursday 25 September 2014

GARAM BIASA VS GARAM MINERAL

 
 
Garam Biasa
  • Mengandungi 99% sodium klorida.  Ini kerana penghasilannya adalah dengan cara menyejat air laut.  Lebihan sodium klorida inilah di dalam badan kita yang meningkatkan risiko penyakit seperti tekanan darah, gout, kegagalan fungsi jantung dan buah pinggang.

 
Garam Mineral
  • Garam mineral mengandungi 84 mineral.  Ia terhasil secara semulajadi di pergunungan Himalaya.  84 mineral ini diperlukan oleh badan.  Ia bertindak dengan vitamin supaya badan dapat menyerap khasiat vitamin yang terdapat dalam makanan.



Garam Mineral Masakan Di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3
 
 
 
  • Garam yang telah menjadi fenomena dan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

  • Pastikan di dapur anda juga terdapat garam kesihatan 'Qaseh Kristal' yang menjadi pilihan chef selebiriti.

  • Hanya tukar dari garam biasa kepada garam mineral ketika memasak.  Selain sihat ia menyedapkan makanan dan makanan tidak cepat basi.

  • MAHAL?? Bandingkan RM 15.90 garam qaseh dengan 84 mineral yang kita perolehi dan kemampuan 84 mineral itu pada kesihatan kita.     

  • Berminat boleh hubungi saya.    




 

 

Wednesday 24 September 2014

SALAM UKHUWAH DAN PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat pengunjung blog yang dirahmati Allah S.W.T. Terima kasih atas kunjungan kalian di blog ini.  Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana setelah sekian lama saya berhajat untuk berblog, tetapi baru kali ini Allah S.W.T memberi keizinan dan kekuatan untuk menulis dan berkongsi di sini.  Ucapan terima kasih tak terhingga buat Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) kerana telah memberi inspirasi untuk menghasilkan blog seperti ini.
 
Sebelum meneruskan catatan ini, terlebih dahulu saya memperkenalkan diri.  Salam ukhuwah dan persahabatan untuk semua.  Nama saya Haidah Binti Hamzah, merupakan anak sulung dan tunggal perempuan dari empat orang adik-beradik. Berasal dari Sekinchan, Selangor.  Isteri kepada Encik Harisfadilah Bin Haji Shamsuddin. Saya membesar di perkampungan FELDA, dalam bahasa yang mudah sebagai anak peneroka.  Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) FELDA Kumai sehingga tahun 6. Dari tahun 1991 sehingga 1995 bersekolah di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang (SAMPP), Selangor.  Ketika itu saya tinggal bersama datuk dan nenek.  Kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Agama Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAMSSAAS) Batu 38, Sabak Bernam, Selangor dari tahun 1996 hingga Jun 1997 untuk mengambil peperiksan Sijil Tinggi Agama (STA) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
 
Kawan saya, CT Murni Binti Arshad telah memberikan borang maktab untuk diisi, akhirnya saya lulus semua ujian dan ditawarkan meneruskan pengajian ke Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP) bermula 01.07.1997 hingga tahun 2000.  Pada 16.09.2000 saya telah dipostingkan ke Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat.  Terima kasih tak terhingga kepada Cik Nasir dan Cik Anah yang telah menghantar saya.   Pada 01.06.2004 saya ditawarkan mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pengkhususan: Pendidikan Al-Quran sepenuh masa di Maktab peguruan Islam, Bangi selama setahun. Keazaman dan keinginan yang kuat untuk menyambung pelajaran ke universiti telah termakbul, habis sahaja KSPK, saya di tawarkan pula melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin Dan Falsafah) secara pengajian jarah jauh (PJJ) di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Begitu banyak nikmat yang Allah S.W.T kurniakan yang saya sendiri tidak jangkakan ......syukur alhamdulillah. 
 
Pada 05.06.2006 saya telah mendirikan rumahtangga dengan suami iaitu Encik Harisfadilah Bin Haji Shamsuddin dengan majlis yang meriah dan sederhana yang direstui oleh kedua-dua belah pihak.  Kami berdua diduga di awal perkahwinan di mana saya mengalami keguguran dan pada masa yang sama mengalami pendarahan dalaman akibat kandungan luar rahim yang menyebabkan tiub fallopio sebelah kanan saya terpaksa dipotong dan saya kehilangan banyak darah pada ketika itu.  Hanya Allah S.W.T yang tahu perasaan saya ketika itu.  Suami saya banyak memberi kata semangat dan menghiburkan saya sepanjang melalui tempoh berpantang sehinggalah sekarang.  Akhirnya, sekali lagi kami mendapat berita gembira di mana doktor mengesahkan saya mengandung dan doktor sekali lagi bimbang seandainya kandungan itu di luar rahim.  Alhamdulillah, tetapi bayi tidak mahu membesar dan saya diarahkan supaya menjalani prosedur Dilation and Curettage (D&C) di Hospital Putrajaya... sehinggalah sekarang, kami masih lagi menantikan zuriat dambaan hati dengan penuh sabar walau pun ada mulut-mulut yang menyindir kami.... Saya dan suami redha dengan ketentuan Allah S.W.T. ini.  Mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Kajang selama 3 tahun yang memaksa saya berulang alik dari Nilai ke Kajang setiap hari menyebabkan saya memohon bertukar ke daerah Sepang.  Sejak 01.01.2008, saya mula mengajar di SJKC Chio Chiao yang begitu asing dengan sekolah saya sebelum ini.  Saya cuba menyesuaikan diri ditempat baru.  Tanpa sedar sudah 7 tahun saya mengajar di sana dan banyak suka dan duka telah dilalui. 
 
Aktiviti memasak tidak dapat dipisahkan kerana suami saya suka dengan makanan yang saya sajikan, beliau juga sumber inspirasi dan semangat saya untuk terus memasak.  Sekarang baru saya sedar yang saya mempunyai bakat memasak yang baik.  Saya suka memasak dan menjamu rakan-rakan sekerja dan anak murid saya di sekolah.  Alhamdulillah, mereka semua suka dan menepati citarasa mereka.  Sampai satu tahap pihak sekolah sering menempah makanan untuk program sekolah seperti Nasi lemak, ayam rendang, mee goreng, bihun goreng dan kuih-muih.  Penat sebenarnya tetapi seronok dan gembira jika orang suka makan makanan itu.  Kita perlu memasak dengan ikhlas, dari hati penuh kasih sayang dan diiringi dengan zikir.  Sekurang-kurangnya duit hasil memasak itu boleh saya simpan ke dalam Tabung Haji.  "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".  Orang lain yang nak pergi belajar membuat kuih, orang lain yang pergi.  Inilah yang dikatakan rezeki kerana saya menggantikan tempat adik iparku Shaziah.  Terima kasih kepada Kak Nor Majahah yang mempelawa saya menghadiri kelas masakan.  Pertama kalinya dalam hidup, saya pergi belajar membuat kuih dengan membayar yuran.  Saya belajar membuat kuih 'Cheese Tart'.  Terima kasih kepada Puan Nor Azzahraton Ab Karim.  Alang-alang belajar membuat kuih, mesti boleh dijual.  Balik sahaja dari kelas, saya pergi ke kedai bakery untuk membeli peralatan dan bahan membuat 'cheese tart'.  Saya mempraktikkan 'skill' dan ilmu yang di ajar.  Alhamdulillah... menjadi.  Kebetulan ada seminar di IPG kampus Bangi, saya bawa bekal 'cheese tart' dan pelawa kawan-kawan untuk merasanya.  Puan Mahakiki adalah pelanggan setia yang sering menempah 'cheese tart' dan 'cheese cake leleh'.  Produk terbaru untuk dijual ialah 'fruit tart','cream puff' dan coklat oreo. 
 
Blog masakan seperti Cahaya Cintaku, Masam Manis, Zalin Zalina dan Citarasawan adalah antara blog masakan yang sering saya kunjungi dan sumber inspirasi untuk berkarya dalam masakan.  Mana-mana resepi yang saya minat pasti saya akan mencubanya sehingga berjaya.  Walau bagaimanapun,  melihat kesungguhan sahabat lama saya iaitu Puan Zefa Nor Asmara Jubir di alam maya dalam perniagaan online dan penulisan dalam blognya telah menyuntik semangat dan tekad untuk mendalami ilmu tentang penulisan  blog terutamanya berkaitan perniagaan online.  Setelah beristiharah, saya pun mendaftarkan diri di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) melalui Puan Zefa Nor Asmara Jubir di bawah seliaan Puan Normi Yusof.  Moga melalui kelas ABDR ini saya dapat melalui fasa baru yang lebih gemilang dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.
 
Matlamat saya dari kelas ini adalah supaya saya dapat memahami dan mendalami asas penulisan dan penghasilan blog yang berkesan dan berjaya menjenamakan produk dan membina kredibiliti melalui blog ini.  Di samping itu, saya sangat teruja untuk mengenali insan-insan yang telah berjaya dan membina ukhuwah dengan bloger yang lain serta berkongsi ilmu yang bermanfaat.  Begitulah serba sedikit pengenalan dan coretan dari saya untuk kali ini.  Sehingga berjumpa lagi catatan yang lain.