Monday 29 September 2014

TART BUAH YANG CANTIK DAN SEDAP

Dari kulit tart kita boleh jadikan ia kuih tart yang pelbagai antaranya tart strawberi, tart blueberry, tart telur, tart kiwi, tart coklat dan tart buah.  Dari tidak minat mengetahui mengenai kuih tart sekarang saya sudah boleh menerima tempahan dari kawan-kawan.  Dari satu kebetulan ianya merupakan perancangan Allah S.W.T yang terbaik untuk saya.  Terima kasih kepada kakak iparku iaitu kak Nor Majahah yang membawaku ke Pandan Indah untuk belajar seni membuat tart ini.
 
Semangat dan sokongan dari keluarga dan keadaan kesihatan yang membolehkan saya menyiapkan tempahan dari kawan-kawan yang menempah kuih tart saya selama ini.  Syukur alhamdulillah ya Allah.  Semakin hari kemahiran saya membuat tart semakin baik.  Kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan pembaca blog mengenai tart buah-buahan yang saya buat.  Masih tiada lagi orang yang menempahnya.  Saya membuatnya adalah sebagai buah tangan untuk kawan suami yang telah pun mengadakan kenduri di rumahnya pada 30 Ogos 2014 yang lalu.  Semoga Kapten Haizul,kak Ani serta para tetamunya suka tart buah saya.  Tidak banyak gambar yang dirakam untuk kenangan bersama tart buah itu
 
Bahan yang diperlukan untuk membuat kuih tart buah ini adalah kulit tart, krim putar (Whipping Cream Non Diary), serbuk kastad segera, buah-buahan segar seperti strawberi, anggur hitam dan buah kiwi.  Apabila krim putar dipaipkan di atas kulit tart kemudian disusun buah-buahan di atasnya ia akan menampakkan betapa berseri dan cantiknya kuih tart buah itu sehingga setiap mata yang memandang pasti menyukainya dan terliur untuk memakannya.
 
Sebenarnya ini adalah percubaan pertama saya membuat tart buah.  Syukur ya Allah.  Kakak dan adik iparku serta birasku Ustaz Ridhuan amat menyukainya.  Kata-kata nakal dari mereka "Sedapnya, kak jual ke kuih ni? ".  Berbunga hati saya ketika itu dan tanamkan azam dan semangat untuk merealisasikan kata-kata itu.  Setiap kejayaan perlu diiringi dengan ketekunan  dan pengorbanan barulah ia manis untuk dikenang.  Sesiapa yang berminat nak menempah tart buah ini bolehlah menelefon saya di talian 019-2423872 atau 013-9665732.
 


 
 

No comments:

Post a Comment